~aSsAlAmMuAlAiKuM~
fEbUrY
orang cakap febuary bulan kasih sayang..
BeTuL Ka?
owww VALENTINE DAY....
opppsss sorry to say,,,aku dak raihkan hari kekasih nie,,,bukan apa...yala...aku rasa korang pun tau kan apa itu ValentinE DaY...
bagi korang yang masih belum pasti atau dak pernah tau apa itu
Valentine Day...
ok mari sini aku mo kasi cerita,,,kenapa ISLAM melarang kita meraikan hari kekasih ini,,
Pelbagai cerita dan pendapat yang kita dapat mengenai Hari Valentine day ini,,mana yang betul akue sendiri pun dak pasti,,tapi apa yang aku pasti agama islam memang melarang kita daripaa meraikan hari ini...sesetengah orang berpendapat bahawa hari valentine adalah hari raya bagi bangsa Rom(penyembahan berhala) sejak 17adab silam yang lalu.
Sejarah perayaan ini merupakan beberapa kisah turun temurun bagi bangsa Rom dan kaun Nasrani Pewaris mereka. Kisah yang paling masyhur tentang asal mulanya adalah bahawa bangsa Romawi dahulu meyakini bahawa Romulus-pengasas bandar Rom-disusui oleh seekor serigala betina, sehingga serigala itu memberinya kekuatan fizikal dan kecerdasan fikiran.
Bangsa Rom memperingati peristiwa ini pada pertengahan bulan Februari setiap tahun dengan mengadakan perayaan yang megah. Di antaranya adalah amalan menyembelih seekor anjing dan kambing betina, lalu dilumurkan darahnya kepada dua pemuda yang kuat fizikalnya.
Kemudian keduanya mencuci darah itu dengan susu. Setelah itu dimulailah perarakan besar dengan kedua pemuda tadi berjalan di hadapan rombongan. Keduanya membawa dua bahagian kulit yang mereka gunakan untuk melumuri segala sesuatu yang mereka jumpai. Para wanita Rom menanti lumuran itu dengan senang hati, kerana meyakini dengan itu mereka akan dikurniakan kesuburan dan melahirkan anak dengan mudah.
St. Valentine dan Perayaan
Versi 1: Disebutkan bahawa St. Valentine adalah seorang yang mati di Rom ketika diseksa oleh maharaja Claudius sekitar tahun 296M. Di tempat terbunuhnya di Rom, dibangun sebuah gereja pada tahun 350M untuk mengenang kematiannya. Ketika bangsa Rom memeluk agama Nasrani, mereka tetap memperingati Hari Kasih Sayang. Hanya saja mereka mengubahnya dari makna kecintaan kepada penyembahan mereka, kepada pemahaman lain yang mereka istilahkan sebagai hari kasih sayang, yakni St. Valentine, si penyeru kasih sayang dan perdamaian, yang-menurut mereka-mati syahid pada jalan itu.
Di antara kepercayaan mereka pada hari tersebut, dituliskan nama-nama pemudi yang mencecah usia perkahwinan pada selembar kertas kecil, lalu diletakkan pada talam di atas rak buku. Lalu diundanglah para pemuda yang ingin berkahwin untuk mengambil salah satu kertas itu. Kemudian si pemuda akan menemani si wanita yan gempunya nama yan gtertulis di kertas (yang diambilnya) selama setahun. Keduanya saling menguji perilaku masing-masing, baru kemudian mereka berkahwin. Apabila tidak sesuai, mereka mengulangi hal yang serupa pada tahun akan datang.
Para pemuka agama Nasrani menentang sikap mengikut membuta tuli ini, dan menganggapnya sebagai perosak akhlak para belia. Maka perayaan ini pun dilarang di Itali. Dan tidak diketahui bila perayaan ini dihidupkan semula.
Versi 2: Bangsa Rom semasa zaman menyembah berhala, merayakan satu hari raya yang disebut hari raya Lupercalia. Ini adalah hari raya yang sama seperti kisah versi 1 diatas. Pada hari itu, mereka mempersembahkan korban bagi tujuan penyembahan mereka selain Allah SWT. Mereka meyakini bahawa berhala-berhala itu mampu menjaga mereka dari keburukan dan menjaga binatang gembalaan mereka dari serangan serigala. Ketika bangsa Rom memeluk agama Nasrani, dan Maha Raja Claudius II berkuasa pada abad ketiga, dia melarang tenteranya berkahwin. Kerana berkahwin akan menyibukkan mereka dari peperangan yang mereka hadapi. Maka St. Valentine menentang peraturan ini, dia mengahwinkan tentera secara senyap-senyap. Maharaja lalu mengetahuinya dan memenjarakannya, sebelum kemudian dia dihukum mati.
Versi 3: Maharaja Claudius II adalah penyembah berhala, sedangkan Valentine adalah penyeru agama Nasrani. Maharaja berusaha mengeluarkannya dari agama Nasrani dan mengembalikannya kepada agama menyembah berhala warisan nenek moyang bangsa Rom. Namun Valentine tetap teguh memeluk agama Nasrani, dan dia dibunuh kerananya pada 14 Februari 270M, malam hari raya mengikut agama bangsa Rom: Lupercalia.
Ketika bangsa Rom memeluk Nasrani, mereka tetap melakukan perayaan paganis Lupercalia, hanya sahaja mereka mengaitkannya dengan hari terbunuhnya Valentine untuk mengenangnya.
Syiar Perayaan Hari Kasih Sayang
1. Menampakkan kegembiraan dan kesenangan.
2. Saling memberi mawar merah, sebagai ungkapan cinta, yang dalam budaya Rom merupakan bentuk cinta kepada penyembahan kepada selain Allah SWT.
3. Menyebarkan kad ucapan selamat hari raya tersebut. Pada sebahagiannya terdapat gambar Cupid, seorang anak kecil dengan dua sayap membawa busur dan panah. Cupid adalah dewa cinta erotik dalam mitologi Rom. Maha Tinggi Allah dari kedustaan dan kesyirikan mereka dengan ketinggian yang besar.
4. Saling memberi ucapan kasih sayang, rindu, dan cinta dalam kad ucapan yang saling mereka kirim.
5. Di banyak negara Nasrani diadakan perayaan pada siang hari, diteruskan dengan berjaga malam sambil menari, bercampur baur lelaki dan perempuan.
2. Saling memberi mawar merah, sebagai ungkapan cinta, yang dalam budaya Rom merupakan bentuk cinta kepada penyembahan kepada selain Allah SWT.
3. Menyebarkan kad ucapan selamat hari raya tersebut. Pada sebahagiannya terdapat gambar Cupid, seorang anak kecil dengan dua sayap membawa busur dan panah. Cupid adalah dewa cinta erotik dalam mitologi Rom. Maha Tinggi Allah dari kedustaan dan kesyirikan mereka dengan ketinggian yang besar.
4. Saling memberi ucapan kasih sayang, rindu, dan cinta dalam kad ucapan yang saling mereka kirim.
5. Di banyak negara Nasrani diadakan perayaan pada siang hari, diteruskan dengan berjaga malam sambil menari, bercampur baur lelaki dan perempuan.
Beberapa versi kisah yang disebutkan sekitar perayaan ini dan simbolnya, St. Valentine, boleh memberikan pertimbangan kepada orang berfikir. Terlebih lagi bagi seorang Muslim yang mentauhidkan Allah SWT. Pemaparan kisah di atas menjelaskan hakikat perayaan ini kepada umat Islam yang tidak tahu, kemudiannya turut merayakannya. Mereka hakikatnya meniru amalan yang sesat, dan mengambil segala yang datang dari Barat.
entahlah sejauh mana kesasihan cerita-cerita tersebut aku pun dak tau,,tapi apa yang aku pasti masyarakat islam dilarang keras tuk ikut sama meraikan hari ini..
kerana hari kasi sayang boleh diraikan pada setiap hari..dan istimewa setiap hari..tapi tue semuah dari kita jua kan...
~Allahhualam~